Khamis, 7 April 2016

Tempat Menarik

Jelajah India.....  



 Asaalammualaikum & Salam Sejahtera :)



Seperti yang telah di janjikan, kami akan bercerita tentang tempat-tempat menarik sebagai sambungan post kami kali ini. ;)
Ayuh kita mulakan "perjalanan imaginasi" kita ke India. :P
Perjalanan Malaysia ke India lebih kurang 5 jam. Heba (kawan sebilik kami) ada juga cerita tentang tempat-tempat menarik di India. Salah satunya Taj Mahal ! Menurut Heba tempat wajib pergi jika berkunjung ke India. Bak kata orang Utara " Rugi bakhang kalau hangpa tak p !"

taadaaaa ! 


Taj Mahal 



Taj Mahal merupakan salah satu tempat yang sering di kaitkan dengan suasana Romantik dan kasih sayang. Taj Mahal ini terletak di kawasan Agra, Uttar Pradesh India. Bukan hanya kemegahannya yang membuat Taj Mahal terkenal di dunia, namun sejarah disebalik pembinaan Taj Mahal ni sangat romantik. Pembangunan Taj Mahal ini untuk mengenang isteri Raja Maharaja Shah Jahan dari Kerajaan Mughal yang telah meninggal dan isterinya bernama Mumtaz Mahal. Nama Isteri Raja inilah yang menjadi alasan kenapa masjid ini dinamakan Taj Mahal. 



Sonamarg, India




Ini pula Sonamarg di India. cantik kan kawasan ni? Masih dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. kalau anda mahu tahu ini lah salah satu kawasan penggambaran filem bollywood yang sedih tu. Tajuk filem itu ialah  "Bajrangi Bahaijaan". Salman Khan dan Kareena Kapoor yang jadi hero dan heroin. 


 

  

Selain itu, filem 3 Idiot pun ada buat penggambaran di kawasan ni menurut Heba. Tenang rasa tengok gambar kawasan ni.(sambil pejam mata berangan acah-acah ada di tempat ni. HAHA :p)

kereta Api di India


seterusnya, gambar yang di atas itu gambar kereta api di India. Heba kata di India memang terkenal dengan pengangkutan kereta api ini. Jadi kalau nak pergi India, biasa-biasakan lah diri naik kereta api supaya di sana nanti tidak terkena "kejutan budaya". :)



Kuil Matahari Konark 


taraaa !!!

 Di India memang banyak dan terkenal dengan kuil-kuilnya. Bersesuaian la dengan sejarah agamanya yang banyak menganut agama Hindu-Buddha pada zaman dahulu. Kuil di atas adalah Kuil Matahari Konark. Berdasarkan catatan sejarah Kuil Matahari di Konark berdiri pada tahun 1250 Masihi dan dimaksudkan sebagai tempat pemujaan Matahari yaitu pelindung kota Konark. Seluruh komplek kuil ini dirancang membentuk kereta kuda raksasa dengan 12 roda, ditarik oleh tujuh kuda yang membawa Dewa Matahari Surya melewati angkasa. Menurut para ahli arsitektur Kuil Matahari Konark mewakili arsitektur kota Orissa pada era Kalingga.

Itu saja yang kami ingin kongsikan pada entri kami kali ini. Kami harap entri kami bermanfaat bagi anda. :)
Terima kasih.

Bersambung........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan