Khamis, 7 April 2016

Tarikan India

  Budaya India :)


Assalammualaikum & salam sejahtera


Seterusnya, kami akan cerita tentang budaya India pula. Menurut Heba di India banyak festival. Antara festival-festival yang ada di India seperti Diwali, Holi dan Onam. Tetapi menurut Heba, sebagai Muslim dia dan keluarganya akan hanya menyambut hari Raya AidilFitri dan Hari Raya Aidil Adha sahaja.
 







Festival Diwali adalah festival cahaya. Kebiasaannya di adakan apabila bermulanya tahun baru Hindu. Lebih kurang macam "pesta cahaya"  kalau untuk kaum India di Malaysia.





 

                                               Yang Ini pula hasil daripada festival Holi. :P


Festival Holi ni festival warna. Ketika berlangsungnya festival dan parti Holi Ini, masyarakat India akan membaling serbuk-serbuk atau cecair yang berwarna diantara satu sama lain. 
Lebih kurang macam dalam filem Mohabbatein tu.
Kebiasaannya, semasa festival Holi ini masyarakat India akan berpakaian putih. (ye laa nanti baru nampak "colourful" sikit baju yang mereka pakai tu lepas kena baling dengan segala serbuk warna tu). hehe. 




Festival Holi

haaaaa campak jangan tak campak serbuk warna tu ! hehe








Yang ini pula namanya festival Onam. Masyarakat India akan susun atau buat dekorasi  di anjung rumah mereka menggunakan bunga. Dalam festival Onam ini kebiasaannya akan di raikan dengan baju baru dan tarian.








 India juga terkenal dengan masakannya yang kaya akan berbagai rempah-rempah.  Masakan dari negara ini terkenal kerana rasanya yang pedas dan memiliki kuah dengan rasa yang sangat kuat.  Antara makanan yang terkenal ialah Butter Chicken atau Ayam Mentega. Makanan india yang satu ini nampaknya menjadi makanan lazat yang terkenal di seluruh dunia dengan nama Murg Makhani. Bahan-bahannya ialah rempah bawang putih, jinten, merica, ketumbar, kunyit, kayu manis dan pastinya mentega, makanan ini menghasilkan rempah khas Butter Chicken.






            Selain itu Briyani adalah sebuah hidangan paling popular di India Selatan yang kelazatannya sudah diakui di seluruh dunia.  Masakan ini dibuat dari nasi khusus (disebut dengan Basmati) yang memiliki tekstur lebih panjang dan besar daripada nasi yang biasa kita makan.  Nasi tersebut dimasak dengan rempah-rempah seperti lada, dan kunyit, serta diberi kuah khusus Biryani yang kaya rasa.
Selain itu, biasanya Briyani juga dimasak bersama dengan daging ayam, kambing, atau menu vegetarian.  





Shalwar Kameez

Shalwar Kameez adalah pakaian tradisional yang dipakai oleh lelaki dan wanita yang popular di utara India. Ianya terdiri daripada blouse panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar, serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai dupatta di bahu mereka ketika memakai Shalwar Kameez. Pakaian ini dapat menjadi rasmi, kasual, bergaya atau tidak bercorak serta dapat dipakai di mana saja.

Baiklah sampai disini saja la entri kali ini.
 Jika ada kelapangan masa inshAllah kami akan sambung bercerita lagi
kami harapkan entri kami kali ini dapat memberi manfaat sedikit sebanyak kepada kalian yang sudi membacanya. 


Syukran
Maas Salamah. :)









Tiada ulasan:

Catat Ulasan