Budaya India :)
Assalammualaikum & salam sejahtera
Seterusnya,
kami akan cerita tentang budaya India pula. Menurut Heba di India banyak
festival. Antara festival-festival yang ada di India seperti Diwali, Holi dan
Onam. Tetapi menurut Heba, sebagai Muslim dia dan keluarganya akan hanya
menyambut hari Raya AidilFitri dan Hari Raya Aidil Adha sahaja.
Festival
Diwali adalah festival cahaya. Kebiasaannya di adakan apabila bermulanya tahun
baru Hindu. Lebih kurang macam "pesta cahaya" kalau untuk kaum
India di Malaysia.
Festival Holi ni festival warna. Ketika berlangsungnya
festival dan parti Holi Ini, masyarakat India akan membaling serbuk-serbuk atau
cecair yang berwarna diantara satu sama lain.
Lebih kurang macam dalam filem Mohabbatein tu.
Kebiasaannya, semasa festival Holi ini masyarakat India akan
berpakaian putih. (ye laa nanti baru nampak "colourful" sikit baju
yang mereka pakai tu lepas kena baling dengan segala serbuk warna tu). hehe.
Festival
Holi
haaaaa
campak jangan tak campak serbuk warna tu ! hehe
Yang ini pula namanya festival Onam. Masyarakat India akan susun atau buat dekorasi
di anjung rumah mereka menggunakan bunga. Dalam festival Onam ini
kebiasaannya akan di raikan dengan baju baru dan tarian.
|
India juga terkenal dengan masakannya yang kaya akan berbagai
rempah-rempah. Masakan dari negara ini terkenal kerana rasanya yang pedas
dan memiliki kuah dengan rasa yang sangat kuat. Antara makanan yang
terkenal ialah Butter Chicken atau Ayam
Mentega. Makanan india yang satu ini nampaknya menjadi makanan lazat yang
terkenal di seluruh dunia dengan nama Murg Makhani. Bahan-bahannya ialah rempah
bawang putih, jinten, merica, ketumbar, kunyit, kayu manis dan pastinya
mentega, makanan ini menghasilkan rempah khas Butter Chicken.
Selain itu
Briyani adalah sebuah hidangan paling popular di India Selatan yang
kelazatannya sudah diakui di seluruh dunia. Masakan ini dibuat dari nasi
khusus (disebut dengan Basmati) yang memiliki tekstur lebih panjang dan besar
daripada nasi yang biasa kita makan. Nasi tersebut dimasak dengan
rempah-rempah seperti lada, dan kunyit, serta diberi kuah khusus Biryani yang
kaya rasa.
Selain itu,
biasanya Briyani juga dimasak bersama dengan daging ayam, kambing, atau menu
vegetarian.
Shalwar Kameez
Shalwar Kameez adalah pakaian tradisional yang
dipakai oleh lelaki dan wanita yang popular di utara India. Ianya terdiri
daripada blouse panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar,
serta tudung kepala yang sesuai warnanya. Wanita India juga gemar memakai
dupatta di bahu mereka ketika memakai Shalwar Kameez. Pakaian ini dapat menjadi
rasmi, kasual, bergaya atau tidak bercorak serta dapat dipakai di mana saja.
Baiklah sampai disini saja la entri kali
ini.
Jika ada kelapangan masa inshAllah kami
akan sambung bercerita lagi
kami harapkan entri kami kali ini dapat memberi
manfaat sedikit sebanyak kepada kalian yang sudi membacanya.
Syukran
Maas Salamah. :)